Monday, June 30, 2014

Resepi Daging Masak Merah Sedap



RESEPI DAGING MASAK MERAH SIMPLE ALA THAI




PENGENALAN

Jika disebut Daging Masak Merah ataupun Ayam Masak Merah kepada penghuni negeri Kedah (sebuah negeri di jauh Utara Malaysia), ia akan segera membangkitkan kenangan "perkahwinan tradisional Melayu" dan Hari Raya atau Sambutan Hari Raya. Ya , Daging Masak Merah bukanlah hidangan biasa yang dihidang setiap hari dalam isi rumah di Kedah. Ia merupakan hidangan unik untuk dinikmati di majlis-majlis khas ,dihidangkan dengan Nasi Minyak atau Nasi Minyak, salad segar ,timun, nanas, sambal dan bawang merah.

Resepi Daging Masak Merah ala Thai mempunyai rasa yang unik, rasa yang indah dan tidak dapat dilupakan walaupun ia berkongsi beberapa rempah asas yang sama dalam masakan kari (kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan cili). Ia mempunyai rasa yang berbeza dan tersendiri, sama ada dalam tekstur daging atau perisa yang enak dalam sos.

Daging yang ingin dimasak direbus terlebih dahulu sehingga bertukar menjadi warna pudar. Ini adalah teknik untuk menjadikan setiap gigitan daging terasa lembut dan tidak kenyal. Kepingan kemudiannya ditambah ke dalam sos yang mendidih. ini memberikan daging, rasa yang kaya dengan kepedasan yang halus daripada cili, rasa manis dan masam- dari sup tomato bergabung dengan rasa lemak daripada santan.

Setiap muslim di malaysia mesti mengidamkan menu ini untuk dijadikan menu utama dalam masakan di hari perayaan atau majlis-majlis keramaian.Di negeri sebelah pantai timur juga menggunakan menu ini sebagai lauk makanan di waktu pagi. Seperti hidangan bersama nasi minyak atau nasi kuning. Resepi daging masak merah Thai ini juga memang menjadi kegemaran ramai dan antara menu yang menjadi pilihan setiap kali makan di luar terutama sekali di restoran Thai.


CARA MASAK DAGING MASAK MERAH ALA THAI


Bahan-bahan:

·         1/2 kilo daging - dipotong nipis dan di rebus dengan pewarna merah(air rebusan jangan dibuang ,untuk dibuat kuah )

·         8-10 tangkai cili kering

·         1 biji bawang besar – dibelah dua kerana separuh untuk dipotong dan separuh untuk dikisar

·         3 biji bawang putih

·         10 biji cili api - diketuk (terpulang kepada citarasa masing-masing, nak pedas tambah lagi, tak nak boleh kurangkan)

·         2 sudu besar sos cili

·         2 sudu besar sos tomato

·         1 sudu besar sos tiram

·         Daun limau purut - dikoyakkan

·         2 batang serai - dititik

·         Kacang panjang - dipotong memanjang (terpulang, nak letak boleh, tak nak pun tak mengapa)

·         Garam secukup rasa

·         Ajinomoto secukup rasa

·         Sedikit tepung jagung - dibancuh dengan sedikit air rebusan untuk pekatkan kuah

·         Daun ketumbar/daun sup/daun bawang untuk hiasan (mana-mana pun boleh)

·         Sedikit minyak

·         1 inci halia

·         1 batang kulit kayu manis




CARA MEMASAK DAGING MASAK MERAH



1.      Rebus daging bersama halia, bila air daging agak kering baru masukkan pewarna merah, rebus daging hingga empuk. ( jangan risau daging tidak akan berbau sirap apabila di masak  nanti). Pewarna merah bagi menaikkan seri warna daging ini nanti.

2.      Daging yang dah siap direbus tu potong nipis-nipis.

3.      Kisar cili kering bersama bawang putih dan ½ biji bawang besar,serai dan halia.

4.      Masukkan dua sudu besar minyak ke dalam kuali.

5.      Goreng daging sekejap (agak2 garing kat tepi) , angkat dan ketepikan.

6.      Tumiskan kulit kayu manis dan bahan yang dikisar tadi sehinggan naik bau.

7.      Masukkan sos cili,sos tiram dan sos tomato dan air bancuhan tepung dengan rebusan daging tadi ( mengikut kuantiti yang diperlukan ), diikuti dengan daun limau purut.Kacau sehingga rata.

8.      Bila kuah agak pekat sedikit,masukkan daging yang telah dihiris tadi.Masukkan bawang besar yang telah dipotong bulat tadi.Masukkan juga sayur kacang panjang yang telah dipotong memanjang tadi.Kacau sehingga semua sebati dengan kuah.

9.      Masukkan garam,gula dan ajinomoto secukup rasa.

10.  Setelah kuah menjadi pekat,bolehlah diangkat dan dihidang kepada tetamu

11.  Taburkan sedikit daun ketumbar untuk menambahkan seri masakan.



Ø  Boleh dihidang bersama nasi putih atau nasi goreng.

Ø  Masakan ini juga sesuai dimakan dengan roti, nasi, ketupat dan juga lemang.

Ø  Lagi banyak bahan yang digunakan,lagi bertambah la keenakan masakan resipi ini.

Ø  Jika tiada pewarna merah untuk merebus daging,boleh menggunak sirap sebagai ganti.

Ø  Lepas beli daging dari pasar, jangan lupa rendamkan daging itu dengan tepung dan air. Ini adalah untuk menghilangkan bau hamis daging lembu. Biarkan seketika selama 15 minit dan cuci hingga bersih.

Ø  Cili kering kisar ini seeloknya direbus terlebih dahulu sebelum ia dikisar. Ini untuk mengurangkan pedas cili.(bagi yang kurang gemar rasa pedas)

Ø  Kalau nak tambah hirisan tomato atau lada benggala merah/ hijau dalam masakan pun boleh.

Ø  Perasakan garam dan gula mengikit citarasa masing-masing.

Ø  Boleh juga tambah sos ikan atau kiub ikan bilis ( ala Thai )


Bagi penggemar daging masak merah,disini disertakan juga kiraan carta makanan dalam setiap 100g masakan daging.100g Daging Masak Merah mengandungi 8.4 g Lemak . Oleh itu, makanan Daging Masak Merah mempunyai lemak yg purata atau seimbang. .100g Daging Masak Merah juga mengandungi 11 g karbohidrat. Oleh itu, makanan Daging Masak Merah mempunyai karbohidrat yang rendah.